Majlis Penutup Tadarrus Al-Quran sempena Ramadhan 1431H ini telah diadakan pada 2 September 2010. Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka SK Bandar Kuala Krai diadakan seawal jam 12.00 tengah hari.
Majlis tersebut yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, SK Bandar Kuala Krai dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ismail. Dalam ucapan beliau, Tuan Guru Besar menyeru pelajar agar meneruskan amalan membaca Al-Quran ini di rumah tanpa mengira masa. Beliau meminta agar semua pelajar sentiasa mendalami ilmu Al-Quran dan mencari makna setiap baris ayat yang dibaca.
Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang, program turut diserikan dengan penyampaian duit raya kepada pelajar anak yatim yang telah disumbangkan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah.
Kemuncak kepada majlis penutup tersebut, acara bersalam-salaman antara semua murid dan guru-guru telah diadakan.
Kemuncak kepada majlis penutup tersebut, acara bersalam-salaman antara semua murid dan guru-guru telah diadakan.
No comments:
Post a Comment