Piagam Pelanggan

a) Memastikan sistem pendidikan Sekolah Kebangsaan Bandar Kuala Krai berjalan mengikut kehendak yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Negara.
b) Menyediakan guru dan staf yang berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, komited, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan tugas setiap masa.
c) Memastikan semua pelajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Kuala Krai mendapat tempat belajar yang kondusif pada hari pertama sesi persekolahan bermula, agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan.
d)  Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan yang sempurna dan cemerlang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
e)  Menampilkan layanan mesra, prihatin dan penyayang dalam memberikan perkhidmatan kepada pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara.
f)  Sentiasa bersedia memberi penerangan, maklumat terkini dan jawapan yang lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
g)  Bersedia memberi dan menerima pendapat, syor, teguran yang membina
dan nasihat yang baik daripada semua pihak demi meningkatkan kecemerlangan  akademik